• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Mara Ke Final

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Indonesia menempah tiket ke final Piala AFF 2020 apabila menyingkirkan Singapura 5-3 secara agregat dalam saingan dramatik di Stadium Nasional, sebentar tadi.

Jaringan sendiri Shawal Anuar dan Egy Maulana Vikri pada masa tambahan mengecewakan Singapura yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain 4-2 pada aksi separuh akhir kedua itu.

Indonesia di depan seawal minit ke-10 menerusi Ezra Walian sebelum Singapura beraksi dengan 10 pemain apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-45.

Namun, itu tidak menghalang Singapura mendapatkan gol penyamaan menerusi Song Ui Yong di penghujung babak pertama sebelum mereka kehilangan seorang lagi pemain, Irfan Fandi pada minit ke-66 susulan layangan kad merah.

Stadium Nasional ‘meletup’ pada minit ke-75 apabila sepakan percuma Shahdan Sulaiman menerjah gawang Indonesia sebelum Pratama Arhan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan dengan gol kedua Indonesia pada minit ke-87.

Peluang Singapura ke final terbuka luas apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan namun Faris Ramli mensia-siakan kesempatan terbaik itu apabila penaltinya ditepis Nadeo Argawinata.

Singapura kehilangan seorang lagi pemain di penghujung masa tambahan, kali ini giliran penjaga gol mereka, Hassan Sunny dilayangkan kad merah sehingga memaksa penyerang, Ikhsan Fandi menjadi penjaga gol gantian.

-Berita Harian

Tags: bola sepakFinalIndonesiaPiala AFF 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia?  – Radzi Jidin

Apakah Benar 127.3 Hektar Tanah Pulau Sebatik Diserah Kepada Indonesia? – Radzi Jidin

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Apakah Benar 127.3 hektar tanah milik Malaysia di Pulau Sebatik Telah Diserah Kepada Indonesia? Persoalan itu dibangkitkan...

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

13/04/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya. Menurut laporan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd