• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Tanya PM: Amirudin Atau Noh Pengerusi MKN Selangor?

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya menjelaskan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Selangor.

Gesaan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dibuat di ketika kemelut mengenai tindak balas menyelamat yang gagal diselaraskan di negeri itu baru-baru ini.

“Dakwaan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar bahawa dia masih pengerusi MKN Selangor selepas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mendakwa menyambung semula tugas itu menimbulkan persoalan.

“Adakah kerajaan persekutuan – yang diberikan markah prestasi 90 peratus untuk 100 hari pertamanya oleh Ismail Sabri – turun begitu pantas ke dalam status kakistokrasi apabila tangan kanan tidak tahu apa yang tangan kiri lakukan?

“Genius menjadi bodoh hanya selepas semalaman? Siapa pengerusi MKN Selangor sekarang: Amirudin atau Noh?” soalnya dalam satu kenyataan.

Lim seterusnya menggesa Ismail Sabri yang juga pengerusikan MKN di peringkat persekutuan segera menjelaskan tanda tanya itu sekali gus menyelesaikan kekeliruan yang dialami rakyat.

Katanya teka-teki seperti itu tidak diperlukan ketika pelbagai pihak berdepan dengan bencana banjir yang teruk dan setakat ini meragut hampir 40 nyawa.

Ia merupaan kadar kematian tertinggi dicatatkan di negara ini sejak banjir besar terakhir berlaku pada 2014.

“Atau adakah perdana menteri ‘keliru’ mengenai perkara itu seperti Noh dan Amirudin dan tidak boleh memberi sebarang penjelasan mengenainya?” soal ahli parlimen veteran DAP itu lagi.

Lim turut mengulangi kritikan yang dibuat oleh bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, dan pemimpin Bersatu Rais Hussin Mohamed Ariff berhubung tindak balas kecemasan yang lemah terhadap banjir kilat kerajaan.

Selain itu Lim juga mengkritik kerajaan persekutuan yang tidak membawa isu banjir besar itu untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Amirudin pada 21 Dis lalu berkata, dia menyambung semula tugas sebagai ketua MKN Selangor dan menyalahkan tindakan lewat bagi menyalurkan bantuan banjir di negeri itu berpunca daripada dia tidak dilantik ke jawatan itu lebih awal.

Bagaimanapun, Noh membidas Amirudin dan menganggap dia “keliru”.

Noh berkata terdapat dua jawatankuasa di bawah MKN negeri dan dia kekal bertanggungjawab ke atas jawatankuasa yang menjaga keselamatan manakala satu lagi mengenai pengurusan bencana dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri.

-Malaysia Kini

Tags: Lim Kit SiangMKN Selangorpm
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

PMX Anwar Nafi DAP ‘Tidak Melayu’, Abdul Hadi Tandatangan Dokumen Pakatan Rakyat

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mendakwa DAP 'tidak Melayu' sambil mengingatkan tentang dokumen...

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

Sheikh Umar Kenang Sentuhan Lim Kit Siang Di Paloh

10/07/2026
0

KLUANG – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau sumbangan veteran DAP, Lim Kit Siang membuka laluan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd