• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekan Linggi Dilanda Banjir Terburuk Sejak 1971

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Pekan Linggi yang kali terakhir dilanda banjir buruk lima dekad lepas kembali dinaiki air sehingga kelihatan seolah-olah seperti “pulau kecil” berikutan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Tinjauan Bernama petang tadi di pekan yang terletak kira-kira 37 kilometer dari sini mendapati banyak kenderaan yang tenggelam dan penduduk turut terkandas selain anggota bomba menggunakan bot bagi membantu membawa keluar orang awam yang terperangkap keluar dari kawasan itu ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan antaranya Balai Raya Kampung Linggi dan Balai Raya Kampung Permatang Pasir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Datuk Abdul Rahman Mohd Redza menyifatkan banjir pada kali ini adalah terburuk sejak 1971 dengan hampir sebahagian kawasan ditenggelami air terutama yang berhampiran anak sungai dan kawasan rendah.

“Memang sangat teruk kali ini, banjir ada sampai ke paras leher, tahun lepas empat kali banjir berlaku dan tahun ini dua kali tetapi ini yang paling teruk, Pekan Linggi memang orang tak dapat keluar masuk, tutup terus,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Meluahkan kebimbangannya, beliau berkata kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian banjir di daerah itu berlaku lagi pada masa hadapan sehingga menjejaskan orang awam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata semua anggotanya turut bersiap siaga dan akan digerakkan dengan segera bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Sementara itu di Rantau, sebanyak 22 rumah di Kampung Siliau Hilir terkesan dengan banjir ekoran hujan berterusan daripada petang semalam sehingga hari ini.

Menurut Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Siliau Baru, Abdul Ghani Zainudin, 55, berkata kebiasaannya banjir yang melanda kampung itu tidak seteruk ini dengan kali terakhir adalah sekitar 1999.

“Walaupun kawasan ini sering dinaiki air dan merupakan antara ‘hotspot’ (kawasan kerap) banjir namun tidak melibatkan jumlah rumah yang banyak seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata penduduk kampung telah diarahkan berpindah ke PPS disediakan di Sekolah Kebangsaan Siliau ekoran bimbang keadaan banjir bertambah teruk menjelang malam ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat kepada 327 individu membabitkan 76 keluarga dengan lapan PPS dibuka di beberapa daerah termasuk di Port Dickson dan Seremban setakat pukul 5 petang tadi.

Bernama-

Tags: BanjirNegeri SembilanPekan Linggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd