• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kombinasi S.A.L.A Sandaran Terbaik Robek Gawang Garuda

oleh Mohd Arshad
15/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Magis empat pemain generasi baharu skuad kebangsaan – Muhammad Safawi Rasid (S), Muhammad Akhyar Abdul Rashid (A), Luqman Hakim Shamsudin (L) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (A) ditagih pada aksi hidup mati menentang Indonesia, Ahad ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan Dollah Salleh percaya keempat-empat pemain itu sandaran terbaik bagi meraih kemenangan berdepan skuad Garuda sekali gus membawa Malaysia ke pentas separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020.

Dengan kemahiran individu tersendiri yang ada pada mereka, Dollah berkata kombinasi S.A.L.A itu di bahagian serangan dianggap memiliki segala elemen diperlukan untuk menembusi benteng pertahanan Indonesia pada aksi terakhir saingan Kumpulan B itu di Stadium Nasional Singapura.

Menurut beliau, terdapat kelemahan daripada cara Indonesia bertahan berdasarkan perlawanan menentang Kemboja yang menyaksikan mereka dibolosi dua gol dan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya keempat-empat pemain negara itu.

“Jadi kita kena ambil kesempatan di situ sebab saya tahu macam Safawi, Akhyar, Arif yang merupakan antara pemain kegemaran saya dan Luqman mampu cipta sesuatu. Empat pemain ini ada kemahiran individu yang bagi saya terbaik di Malaysia,” katanya kepada Bernama.

“Jadi saya pasti mereka ini boleh melakukannya dan kalau empat pemain ini menjadi insya-Allah tak ada masalah untuk kita dapatkan kemenangan menentang Indonesia,” kata Dollah yang juga bekas penyerang skuad kebangsaan era 80-an dan 90-an.

Muhammad Safawi yang mengumpul empat gol termasuk hatrik menentang Laos pada aksi kedua muncul penjaring terbanyak pasukan negara yang sudah mencetak tujuh gol dalam tiga perlawanan, manakala Muhammad Akhyar mengumpul satu gol yang diraih pada aksi pembukaan menentang Kemboja.

Luqman Hakim dan Arif Aiman masing-masing belum berjaya mencetak nama sebagai penjaring, namun peranan mereka dalam skuad bimbingan Tan Cheng Hoe tidak boleh dinafikan apabila turut menyumbang menerusi hantaran gol.

Bagaimanapun, ketika ini Muhammad Akhyar masih belum dibenarkan untuk menyertai sesi latihan pasukan susulan perlu menjalani kuarantin kendiri selepas dijangkiti COVID-19.

Peluang Malaysia ke peringkat kalah mati kini bergantung pada aksi terakhir selepas membuka kempen kejuaraan dengan langkah kanan menerusi dua kemenangan masing-masing ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0 sebelum tewas 0-3 kepada juara bertahan, Vietnam.

“Prestasi serta rekod kita setakat ini (lawan Indonesia) berpihak pada kita dan sudah pasti Cheng Hoe sudah mempunyai cara untuk memastikan kemenangan ke atas Indonesia,” kata Dollah.

Skuad Harimau Malaya yang kini mengumpul enam mata di kedudukan ketiga tidak mempunyai pilihan lain selain wajib melakar kemenangan ke atas Indonesia untuk mengesahkan tempat di separuh akhir sekali gus selangkah daripada mencapai sasaran ke final.

Sementara Indonesia dan Vietnam yang turut mengutip enam mata di kedudukan dua teratas dengan bermain kurang satu perlawanan, akan bertemu di Stadium Bishan, malam ini dengan kemenangan akan mencerahkan peluang mana-mana pasukan mara ke separuh akhir.

Bernama-

Tags: Harimau MalayaIndonesiaPiala AFF
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd