• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Rampas 6,910 Karton Rokok Tanpa Cukai

oleh Mohd Arshad
05/12/2021
dalam Jenayah, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai selepas merampas 6,910 karton rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM759,434.88 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Overseas Union, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, kelmarin.

Komander PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim, berkata dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepasukan pegawai dan anggota PPM Pelabuhan Klang yang melaksanakan Op Contraband membuat intipan terhadap sebuah kereta PROTON Persona di sekitar Telok Gong, Pelabuhan Klang.

Katanya, intipan dilakukan selepas kereta itu dikenal pasti terbabit dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di kawasan berkenaan.

“Pasukan kemudian mengekori kereta itu dari Telok Gong, Pelabuhan Klang ke sebuah rumah di Jalan Klang Lama.

“Selepas panggilan tidak bersahut, pasukan bertindak memanjat pagar dan memasuki rumah berkenaan yang tidak berkunci dan suspek dipercayai melarikan diri melalui pintu belakang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 6,910 karton rokok pelbagai jenis ditemui dalam kereta dan rumah itu bernilai dianggarkan RM759,434.88 termasuk cukai,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati rumah itu disewa untuk dijadikan stor transit bagi rokok sebelum ia diedarkan.

Katanya, rokok berkenaan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang berdasarkan resit ditemui di rumah terbabit.

-Berita Harian

Tags: CukaiRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd