• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apabila Bola Sepak Dipolitikkan

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter
Apalah erti Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil apabila kemenangan itu rupa-rupanya lebih bermanfaatkan kepentingan politik.
Seusai sahaja kemenangan The City Boys malam kelmarin, semangat kesukanan tersisih jauh ke belakang dan yang ke depan cumalah molekul-molekul kepolitikkan.
Barangkali orang politik sedar kemenangan KL City FC ke atas JDT sangat diharapkan penyokong pasukan lain terutama “haters” JDT, maka  kemenangan itu boleh dimanipulasi untuk merit politik.
Bermula dengan tindakan seorang Pak Menteri dengan selamba mengambil trofi yang sedang dijulang Paulo Josue dan kemudian menjulangnya seorang diri di tengah padang.
Kemudian disusuli dengan “instant claim” para pemimpin PH pada malam kemenangan konon kejayaan KL City FC sebenarnya disebabkan sentuhan tokoh politik daripada parti mereka.
Seterusnya tular gelagat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seolah-olah turut meraikan kemenangan The City Boys di stadium.
Sedangkan beliau yang hadir menyaksikan perlawanan itu sebagai Menteri Belia dan Sukan sepatutnya tidak bias dan bersikap berkecuali bagi menjamin integriti pertandingan.
Kemudian rungutan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim beliau tidak dipanggil turun ke padang meraikan kemenangan The City Boys.
Selepas itu beliau tiba-tiba mengumumkan cuti di Kuala Lumpur sempena kemenangan tersebut sehingga menimbulkan polemik besar dalam kalangan pihak industri di ibu negara.
Ahli Parliman Shah Alam, Khalid Samad pula mengambil kesempatan daripada kemenangan itu untuk menyerang peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.
“Saya ambil dasar “malu apa bossku”. Walaupun tak dijemput (turun ke padang meraikan kemenangan), saya turun saja kerana saya tahu, ini tak sama dengan “malu apa bossku” kerana dalam kes saya, saya berhak.
“Sebagai Presiden KLFA, sama ada dijemput atau tidak dijemput tapi apabila pasukan saya menang, memang sepatutnya saya ada di sana,” katanya di Parlimen.
Begitu juga dengan tingkah laku kebudak-budakan pemimpin PAS secara terbuka mempersendakan kekalahan pasukan JDT kepada KL City FC.
Menteri Besar PAS Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam satu program rasmi mentertawakan kekalahan pasukan JDT.
Mungkin dengan cara itu beliau dapat memenangi hati pengundi yang tidak menyokong JDT terutama.dalam kalangan penyokong bola sepak Kedah.
Apabila bola sepak kembalikan dipolitikkan maka nantikanlah saat-saat kesuraman industri sukan bakal berulang.
Mynewshub-
Tags: bola sepakpolitik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

Berhenti Guna Isu Minyak ‘Gula-Gulakan’ Rakyat, Zaman Malaysia ‘Kaya’ Hasil Minyak Sudah Berlalu

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Generasi hari ini diminta supaya memahami dan bersedia menghadapi realiti baharu bahawa zaman Malaysia 'kaya' dengan hasil...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd