• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Fokus Perbaiki Kelemahan Sentuhan Penyudah

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGENDALI pasukan Pahang Zainal Abidin Hassan melihat kelemahan pemain melakukan sentuhan penyudah mengundang kekecewaan dan ia akan diperbaiki secepat mungkin.

Katanya, dalam pertemuan dengan pasukan Global FC malam semalam (11 Mac) semua pemain menunjukkan kemahuan tinggi untuk menjaringkan gol namun terpaksa akur dengan perkongsian satu mata selepas seri tanpa jaringan.

“Kekurangan pemain (malam tadi) lalai menyempurnakan peluang yang banyak terhidang.

“Mereka (pemain Pahang) telah berusaha keras nak mencipta gol tetapi dikecewakan dengan sentuhan terakhir, tiada nasib untuk dapat gol yang perlu diperbaiki secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan dengan Global FC malam tadi.

Walaupun pemainnya dilihat kepenatan Zainal berkata, mereka perlu terus menjalankan tugas untuk menyiapkan diri bagi berkunjung di tempat lawan dengan ketahanan mental dan displin yang tinggi.

Beliau akan memperbaiki segala kelemahan yang timbul selain hanya akan menurunkan pemain yang boleh memberi tumpuan 100 peratus.

Pada perlawanan pertama, Pahang menang tipis 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon FC di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar pada Februari lepas manakala Global FC kalah 6-1 kepada pasukan Hong Kong, South China FC.

Pahang, bimbingan Zainal Abidin Hassan, akan meneruskan kempen Piala AFC dengan menentang South China FC di Hong Kong pada 15 April ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd