• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTK-Antigen, RT-PCR Mampu Kesan Varian Omicron – Khairy

oleh Mohd Arshad
29/11/2021
dalam Berita, Dalam Negara, Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Ujian pengesanan COVID-19, menggunakan RTK-Antigen dan RT-PCR adalah berkesan untuk mengesan varian Omicron, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pakar daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun kajian masih lagi dilakukan bagi mengetahui lebih mendalam berkenaan varian tersebut.

“Ujian RT-PCR sepatutnya ok, tapi dari segi keberkesanan RTK-Antigen kami masih mengkajinya tetapi setakat ini ia masih dapat mengesan varian Omicron ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Petugas COVID-19 Institut Kesihatan Negara di sini hari ini.

Katanya kajian lanjut mengenai varian itu bukan hanya mengenai ujian pengesanan tetapi juga soal keberkesanan vaksin.

“Kami akan dapat laporan daripada pengeluar vaksin yang sedang melaksana kajian dengan pantas sama ada vaksin mereka berkesan terhadap varian tersebut,” katanya sambil menambah laporan itu dijangka diperoleh dalam seminggu ke dua minggu lagi.

“Soal ketiga kami kena lihat adalah keganasan Omicron ini dan kami dapat laporan awal di Afrika Selatan yang merupakan negara yang vaksinasi mereka rendah tetapi Omicron ini hanya telah menyebabkan gejala yang sederhana. Ada beberapa berita baik, tetapi sekali lagi kami tidak tahu dan kami perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Pada masa sama, Khairy berkata terlalu awal untuk menjangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk dikenakan semula susulan kemunculan Omicron.

“Terlalu awal, rakyat marah dengar PKP ini dan penyelidik sedang meneliti perkara ini,” katanya.

Mengenai gelembung perjalanan dan keperluan kuarantin di rumah dan hotel bagi pengembara yang kembali dari negara yang dikategorikan sebagai risiko, katanya perkara itu akan dibincang dengan Ketua Pengarahnya petang ini.

“Ada beberapa opsyen yang akan dipertimbangkan untuk dapat kita perketatkan lagi kawasan sempadan kita,” katanya.

Mengenai Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan negara Indonesia, Thailand dan Brunei, perbincangan masih lagi berlangsung dengan mengambil kira kewujudan varian baharu.

Sementara itu bagi prosedur operasi standard untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Khairy berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan diperoleh esok dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

-Awani

Tags: RTK-AntigenRTK-PCRvarian omicron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘63% Banduan Pesalah Kecil Dadah, Reformasi Penjara Perlu Disegerakan’

Next Post

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Related Posts

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

24/09/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal terhadap imunisasi dinamakan BF.7, lapor akhbar...

Singapura Lapor Tiga Kes Varian Omicron BA.4, BA.5

16/05/2022
0

SINGAPURA - Singapura pada Isnin merekodkan kes Covid-19 jangkitan tempatan melibatkan dua kes varian BA.4, dan satu kes varian BA.5,...

Next Post

Agensi Kerajaan, GLC Diseru Guna Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd