• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Cadang Cuti Jika JDT Menang Piala Malaysia

oleh Mohd Arshad
27/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa jika pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia, pada 30 November ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata cadangan itu dibuat sebagai tanda penghargaan kepada juara pasukan musim ini pada sambutan ulang tahun trofi berprestij ke-100 itu.

“Kita (Johor) menang besar malam tadi melawan Terengganu walaupun hanya 10 pemain. Apatah lagi kalau kita ada 12 pemain.

“Saya sepatutnya mahu umum esok dalam dewan penggulungan, tetapi sebab teruja JDT menang. Saya nak cuba pujuk kalau boleh dan kalau kita berjaya 30 November ini, esoknya kalau boleh kita cuti.

“Ini satu acara yang kita tunggu-tunggukan. Saya berharap mudah-mudahan pasukan JDT menewaskan pasukan lawan dan menjuarai trofi Piala Malaysia,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Tapak Rumah Contoh Gerbang Nusajaya, di sini, hari ini.

Malam tadi, JDT mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 4-1 apabila membelasah Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

JDT selaku juara bertahan akan berdepan sama ada Melaka United atau KL City FC pada aksi final piala berprestij edisi ke-100 di Stadium Bukit Jalil, Selasa ini, selepas aksi kedua-dua pasukan itu bermula lewat akibat gangguan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat.

BHOnline-

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd