• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MP Pembangkang Asak Menteri Jawab Isu Mitra

oleh Cj Mnh
17/11/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sesi penggulungan Bajet 2022 Kementerian Perpaduan bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang, tidak berpuas hati dengan jawapan Datuk Halimah Mohamed Sadique berhubung isu dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Situasi mula ‘hangat’ selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mencelah sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 bagi kementerian berkenaan, kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Halimah, menyebabkan berlaku ‘pertikaman lidah’ antara mereka.

“Perkara ini penting kerana selepas perkara ini dibongkarkan pada sesi lalu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah), telah buat satu penyiasatan dan ada tangkapan telah dibuat.

“Persoalan saya sama ada, ada pemimpin parti politik MIC terlibat secara langsung, maka Dewan ini perlu tahu, kerana 16 orang biasa telah ditahan dan melontarkan nama-nama (terlibat),” kata Rayer.

Terdahulu, Halimah berkata keputusan untuk tidak menjawab berhubung isu berkenaan adalah atas nasihat SPRM, kerana dikhuatiri akan menggangu siasatan yang sedang dijalankan.

“Selepas perkara-perkara ini dibangkitkan dalam sesi lepas, kementerian saya telah menyatakan kerjasama dengan SPRM, kita minta SPRM masuk ke dalam kementerian (untuk) menjalankan siasatan ini.

“Sebelum dibangkitkan pun kita telah minta SPRM masuk untuk lihat segala proses permohonan dan kelulusan, yang dibuat dari tahun 2019,” katanya.

Selain Rayer, alasan diberikan halimah tidak diterima beberapa Ahli Parlimen lain daripada blok pembangkang, antaranya P.Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang bangun mencelah dengan mencadangkan supaya laporan MITRA diberikan kepada Ahli Parlimen.

Bagi meredakan keadaan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon mengeluarkan amaran kepada Rayer dan Kasthuriraani, kerana mencelah sesi penggulungan kementerian itu tanpa keizinannya.

“Peraturan 37(1) (b) (Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat) anda nak cakap minta izin daripada saya. Saya tak bagi. Saya tak izinkan. Setiap celahan, saya berikan kebenaran.

“…anda (Kasthuriraani) terus bercakap tanpa dapat kebenaran, saya beri amaran kepada Batu Kawan,” katanya.

Keadaan menjadi tenang selepas itu dan Halimah meneruskan penggulungannya berhubung isu-isu yang dibangkitkan Ahli-Ahli Parlimen berkaitan kementerian itu, semasa perbahasan.

– Bernama

Tags: MITRAParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

Tugas UMNO Pastikan Persempadanan Semula Sasar Tambah Wakil Melayu Di Parlimen

17/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Jurucakap Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad mahu UMNO meneliti secara mendalam usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd