• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berangkat Ke Munaqasyah Agama Di Istana Negara

oleh Mohd Arshad
09/11/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 10 pagi disambut barisan kepimpinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan serta agensi agama Islam serta mufti negeri di bawah naungan Seri Paduka.

Negeri di bawah naungan Seri Paduka ialah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub di bawah Perkara 3(2), 3(3) dan 3(5) Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Munaqasyah itu dianjurkan atas inisiatif dan cetusan idea Seri Paduka dengan tujuan utama bagi membincangkan dan memperhalusi isu hal ehwal Islam di negeri di bawah naungan Baginda serta memantapkan agensi agama di setiap negeri berkenaan.

Majlis hari ini adalah kali keempat seumpamanya dianjurkan bersama antara Istana Negara dan Jakim dengan kali pertama diadakan pada 20 Jun 2019, kedua pada 7 Oktober 2019 dan ketiga pada 6 Februari tahun lepas.

Terdapat enam kertas kerja yang dipersembahkan kepada Seri Paduka iaitu Pengawalan Aliran Pemikiran Liberal dan Pengukuhan Pegangan Agama dalam Kalangan Masyarakat Bandar; dan Pemerkasaan Mahkamah Syariah Melalui Peningkatan Hieraki Mahkamah Kepada Empat Peringkat.

Selain itu, ialah kertas kerja berkaitan Kaedah Pelaburan Harta Zakat; Program iTEKAD: Memperkasa Sosioekonomi Ummah; Penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie Bagi Pemakaian di Wilayah-Wilayah Persekutuan; dan Perpecahan Umat Islam Akibat Perbezaan dan Taksub Kepada Aliran Pemikiran Agama.

Rumusan daripada pembentangan kertas kerja itu akan dikemukakan oleh Seri Paduka ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-257 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 November ini.

-Berita Harian

Tags: AgongIstana Negaramunasyaqah agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd