• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang Mulai 25 Oktober

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021, menurut ketetapan baharu Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

“Namun, SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau turut mengakui bahawa parti-parti politik termasuk UMNO gagal mematuhi SOP seperti di beberapa majlis kebelakangan ini.

“Memandangkan Melaka berada dalam Fasa 4, majlis sosial dibenarkan berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagaimanapun, seperti yang disaksikan dalam beberapa majlis baru-baru ini, parti politik (termasuk parti saya sendiri) tidak boleh mematuhi SOP. Demi kesihatan awam, semua perhimpunan politik kini dilarang di Melaka,” tegasnya dalam satu ciapan.

Jelas Khairy dalam satu kenyataan, susulan pengumuman SPR berhubung PRN Melaka pada 20 November depan, KKM menjangkakan banyak perhimpunan dan majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya melibatkan ramai individu yang berkumpul dari seluruh negara.

“Memandangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 masih tinggi, terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes COVID-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.”

Justeru, KKM menetapkan larangan berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Katanya, larangan tersebut juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam SOP terkini Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas Ahli Parlimen Rembau. – Astro AWANI

Tags: PRN MelakaSuruhanjaya Pilihan Raya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

Pemimpin PAS Beri Bayangan Perpaduan Ummah Bakal Direalisasikan Pada PRN Melaka

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari memberi bayangan bahawa agenda perpaduan ummah bakal direalisasikan dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd