Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

Kelantan Akan Laksana Hudud...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah II (Hudud) di...

23 Rakyat Bangladesh Ditahan...

GEORGE TOWN - Sebanyak 23 rakyat Bangladesh yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah...

Malaysia Akan Cadang Kadar...

PETALING JAYA - Putrajaya sedang mengkaji peruntukan-peruntukan baru untuk perjanjian bekalan air mentah...

Video: Lelaki Warga Asing...

PERBUATAN paling gila dan menjijikkan.. video seorang lelaki warga asing sedang mencabul seorang...

Perhimpunan Berkaitan Pilihan Raya Dilarang Mulai 25 Oktober

KUALA LUMPUR – Sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021, menurut ketetapan baharu Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

“Namun, SOP PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Beliau turut mengakui bahawa parti-parti politik termasuk UMNO gagal mematuhi SOP seperti di beberapa majlis kebelakangan ini.

“Memandangkan Melaka berada dalam Fasa 4, majlis sosial dibenarkan berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagaimanapun, seperti yang disaksikan dalam beberapa majlis baru-baru ini, parti politik (termasuk parti saya sendiri) tidak boleh mematuhi SOP. Demi kesihatan awam, semua perhimpunan politik kini dilarang di Melaka,” tegasnya dalam satu ciapan.

Jelas Khairy dalam satu kenyataan, susulan pengumuman SPR berhubung PRN Melaka pada 20 November depan, KKM menjangkakan banyak perhimpunan dan majlis sosial berkaitan dengan pilihan raya melibatkan ramai individu yang berkumpul dari seluruh negara.


“Memandangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 masih tinggi, terutama dengan penularan varian Delta dalam komuniti dan peningkatan bilangan kes COVID-19 baharu yang dilaporkan, aktiviti tersebut akan meningkatkan lagi risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti.”

Justeru, KKM menetapkan larangan berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) PeraturanPeraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 yang dibuat di bawah subseksyen 11(2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Katanya, larangan tersebut juga selari dengan senarai aktiviti yang tidak dibenarkan dalam SOP terkini Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

“Sebarang pelanggaran kepada peruntukan ini, individu, penganjur atau organisasi boleh dikenakan tindakan perundangan seperti kompaun atau tindakan pendakwaan di mahkamah, sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas Ahli Parlimen Rembau. – Astro AWANI

Kategori

Leave a Reply