• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalankan Kewajipan Elak Tindakan LHDNM

oleh Cj Mnh
04/10/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETAHUN sekali cukai Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (LHDNM) antara topik yang paling popular diperkatakan orang ramai.

Mana tidaknya kerana cukai bermaksud peratusan kecil pendapatan kita perlu diserahkan kepada kerajaan yang akan dikutip oleh LHDNM.

Tetapi pengenaan cukai pendapatan adalah adil. Cukai membantu urusan anda hari-hari menjana pendapatan. Seluruh dunia melaksanakannya.

Dengan cukai membolehkan kerajaan sesebuah negara menyediakan pelbagai infrastruktur yang memudahkan urusan anda juga.

Contoh paling mudah pembinaan atau penyelenggaraan jalan raya dan pengangkutan awam. Begitu juga dalam menjamin keselamatan kita dan segala-galanya.

Maka jangan terlalu berkira perlu membayar cukai kerana wang itu akhirnya kembali kepada anda dalam bentuk “benefit in kind”.

Sebab itu ada peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan, denda dan penalti dalam percukaian kerana kepentingannya kepada semua.

Iaitu peruntukan hukuman denda dan penjara seperti yang terkandung dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Antaranya tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), tidak memaklumkan layak dikenakan cukai.

Tidak melaporkan pendapatan sebenar di dalam BNCP, memberi maklumat tidak tepat mengenai tanggungan cukai,

Sengaja mengelak cukai atau membantu orang lain mengelak cukai, menasihati orang lain dalam penyediaan BNCP menyebabkan terkurang cukai.

Begitu juga hukuman meninggalkan negara tanpa membayar cukai dan menganggu atau menghalang pegawai LHDNM menjalankan tugas.

Tidak menyimpan rekod, tidak memberi maklumat yang dikehendaki oleh LHDNM dan tdak melaporkan pertukaran alamat dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat terperinci mengenai jumlah denda dan hukuman penjara untuk setiap kesalahan itu boleh diperoleh di laman web rasmi LHDNM. Rajin-rajin membaca.

Selain itu terdapat peruntukan penalti kepada yang membayar cukai selepas tarikh ditetapkan iaitu 10% kenaikan daripada cukai yang kena bayar.

Begitu juga jika membayar ansuran selepas 30 hari dari tarikh ditetapkan atau cukai sebenar 30% lebih tinggi daripada pindaan anggaran cukai.

Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab semua pembayar cukai untuk peka dan berlaku telus dalam urusan percukaian mereka.

Jangan ambil mudah dan jangan mudah menyalahkan LHDNM jika berdepan tindakan kerana kita yang menentukan kejujuran kita. – Mynewshub.TV

Baca: LHDNM Dan Kemanusiaan

Laman web LHDNM di sini 

Tags: LHDNM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

Serampang Dua Mata LHDNM Dan Kastam

19/08/2024
0

Cyberjaya, 19 Ogos 2024 - Kerjasama erat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) bersama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd