• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buka Destinasi Pelancongan Tertakluk Jawatankuasa Khas COVID-19

oleh
29/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan pihaknya tertakluk keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 walaupun sebelum itu mengumumkan Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands akan dibuka melalui gelembung pelancongan domestik mulai Jumaat ini.

MOTAC dalam kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa khas dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu adalah jawatankuasa tertinggi untuk memutuskan pembukaan sektor ekonomi dan juga sektor bukan ekonomi.

Menurut kenyataan itu, sidang jawatankuasa khas pada 22 September lalu memutuskan kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kerajaan akan membuat pengumuman rasmi sebaik sahaja mendapat suatu tarikh yang bersesuaian.

“Berdasarkan rekod Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sehingga semalam, sebanyak 85.1 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksinasi,” katanya.

Pada 21 September lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam sidang akhbar di Parlimen, berkata Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober.

Nancy dilaporkan berkata perkara itu sudah diluluskan dalam Mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19 pada hari itu dan akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Ismail Sabri keesokannya sebelum diputuskan.

Pembukaan semula itu akhirnya terpaksa ditangguh berikutan keputusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang mahu kadar vaksinasi mencapai 90 peratus terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ada pihak yang membuat dakwaan penangguhan berkenaan kononnya berpunca daripada kegagalan Gelembung Pelancongan Langkawi berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 di pulau peranginan terkemuka itu.

Sementara itu, MOTAC berkata, pada masa ini kebenaran rentas negeri untuk aktiviti pelancongan hanya dibenarkan melalui Gelembung Pelancongan Langkawi sahaja dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, bagi pelancong domestik pula, mereka dibenarkan melakukan aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama bagi negeri-negeri berada dalam Fasa 2 dan ke atas berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kebenaran untuk melakukan aktiviti pelancongan adalah tertakluk SOP diwartakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. – BH Online

Tags: gelembung pelancongan domestikMOTACpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

Menteri Pelancongan Teruja 50,000 Hadir Festival Rain Rave 2026: “Basah Kuyup, Percikan Air, Sorakan, Tarian”

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) , Datuk Seri Tiong King Sing melahirkan rasa teruja lebih 50,000...

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd