• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

346 Kes Kematian, 1 Kematian Sebenar Covid-19

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 346 kes kematian Covid-19 termasuk satu kes kematian sebenar direkodkan semalam, demikian paparan laman web CovidNow hari ini.

Mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, terdapat satu kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam manakala, 107 kematian sebenar purata bagi tempoh tujuh hari.

“Angka 346 kes kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian terkini Covid-19 sebanyak 22,355 kes.

“Terdapat 105 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan sebanyak 4,263 kes BID sehingga kini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (94), Kedah (82), Johor (59), Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Melaka dan Terengganu (masing-masing 4) serta Kelantan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 3).

“Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 227,120 kes aktif melibatkan 189,657 kes sedang dikuarantin di rumah, 24,296 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,933 kes di hospital, 524 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 710 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kosmo! melaporkan, sebanyak 18,815 kes baharu dilaporkan semalam dengan tujuh daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif mencecah sebanyak 2,049,750 kes. – K! ONLINE

Tags: brought-in-deadkematian covid-19meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

“Ada Menteri Bila Dah Meninggal Kekayaan Dia RM4 Bilion” – PMX Anwar

15/07/2026
0

KUALA PILAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sebelum ini terdapat menteri meninggalkan kekayaan sebanyak RM4 bilion apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd