Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Permata ‘Blue Moon’ Catat...

GENEVA - Permata berbentuk luar biasa 12.03 karat dikenali "Blue Moon" mencatat rekod...

Harga Siling Pelitup Muka...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada...

Pesta Piza Di Angkasa...

ANGKASA LEPAS - Gambarannya sungguh menarik, apabila kepingan piza bebas melayang, terapung dan...

Malaysia Negara Islam Contoh...

PUTRAJAYA – Pengasas dan pemimpin Parti Ennahda dari Tunisia, Rachid Ghannouchi, memuji Malaysia...

346 Kes Kematian, 1 Kematian Sebenar Covid-19

PUTRAJAYA – Sebanyak 346 kes kematian Covid-19 termasuk satu kes kematian sebenar direkodkan semalam, demikian paparan laman web CovidNow hari ini.

Mengikut data yang dikemas kini sehingga pukul 11.59 malam tadi, terdapat satu kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam manakala, 107 kematian sebenar purata bagi tempoh tujuh hari.

“Angka 346 kes kematian tersebut menjadikan jumlah kes kematian terkini Covid-19 sebanyak 22,355 kes.

“Terdapat 105 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan sebanyak 4,263 kes BID sehingga kini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (94), Kedah (82), Johor (59), Sabah (47), Pulau Pinang (30), Sarawak (14), Melaka dan Terengganu (masing-masing 4) serta Kelantan, Perak, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 3).


“Tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Labuan dan Putrajaya,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 227,120 kes aktif melibatkan 189,657 kes sedang dikuarantin di rumah, 24,296 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 11,933 kes di hospital, 524 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 710 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kosmo! melaporkan, sebanyak 18,815 kes baharu dilaporkan semalam dengan tujuh daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif mencecah sebanyak 2,049,750 kes. – K! ONLINE

Kategori