• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Tukar Kerajaan, Lantik Ismail Sabri Sebagai PM

oleh
30/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tidak perlu menukar kerajaan, sebaliknya melantik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, pelantikan pemimpin daripada UMNO mampu membawa kerajaan ke arah lebih kuat dan stabil kerana parti terbabit mempunyai kerusi terbanyak dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Belum tiba masanya lagi untuk adakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 atas faktor pandemik Covid-19 selain majoriti rakyat belum bersedia untuk mengundi.

“Kalau hendak tukar kerajaan? Lagi tidak masuk akal. UMNO sesekali tidak akan bekerjasama dengan DAP kerana agenda perjuangan parti masing-masing sudah cukup ketara berbeza.

“Apa yang terbaik ketika ini adalah sudah sampai masanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Isnin, kerajaan PN memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Pengumuman mengenai pembatalan ordinan berkaitan darurat berkenaan mendatangkan bantahan daripada pihak pembangkang yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bilakah peraturan itu dibatalkan dan mekanisme pembatalan itu dibuat.

Pada Khamis, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan itu masih belum diperkenankan Seri Paduka Baginda.

Dalam pada itu, Muhammad Faiz menjelaskan, kejadian yang berlaku dalam Dewan Rakyat beberapa hari lalu begitu mendukacitakan.

Jelasnya, pembatalan darurat yang dibuat sebelum diperkenankan Seri Paduka Baginda dilihat seperti mencabar dan membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Dewan Parlimen yang mulia dipermain dan dikelirukan sehinggakan mencemarkan Institusi Istana dan Raja.

“Sidang Parlimen menjadi gawat dan kecoh sehingga terpaksa ditangguhkan,” ujarnya. – Sinar Harian

Tags: Ismail Sabri YaakobPemuda UMNOPerdana MenteriPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd