JARINGAN pemain sayap Arsenal, Danny Welbeck pada minit ke-61 meranapkan impian Manchester United untuk melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala FA apabila mereka tewas 2-1, di Old Trafford, awal pagi tadi.
Ini merupakan kemenangan pertama The Gunners di Old Trafford sejak September 2006.
Dalam perlawanan itu, Nacho Monreal menjaringkan gol pembukaan Arsenal pada minit ke-25 namun Manchester United pantas menyamakan kedudukan empat minit kemudian hasil tandukan Wayne Rooney.
Manchester United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Angel di Maria diarah keluar padang kerana memperoleh kad kuning kedua pada minit ke-77. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=Ngs3tPP2d8Y

