• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Tukang Urut Hina Azan

oleh
30/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan pemilik akaun Facebook Julia JJ II selepas dipercayai membuat hantaran yang boleh membangkitkan perpecahan dan suasana tidak harmoni di laman sosialnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, wanita berusia 26 tahun yang berasal dari Tawau, Sabah itu ditangkap di pada Selesa selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurutnya, polis menerima satu laporan mengenai hantaran dibuat oleh wanita berkenaan yang mempersendakan laungan azan di masjid selain menyertakan emoji gambar hidung khinzir, khinzir dan anjing.

“Kita menerima laporan daripada pengurus sebuah syarikat swasta yang telah melihat kenyataan tersebut setelah dikongsikan oleh seorang penghuni yang tinggal di kawasan perumahan pengadu melalui kumpulan WhatsApp.

“Pengadu tidak berpuas hati dengan tindakan suspek yang tidak menghormati sensitiviti agama rakyat Malaysia. Perbuatan suspek ini dianggap sangat tidak wajar dan akan mencetuskan perpecahan kaum dan juga menimbulkan situasi yang tidak harmoni dalam kalangan umat Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Shafee berkata, semakan polis dibuat mendapati terdapat empat laporan polis yang telah dibuat berkaitan dengan hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit milik wanita itu yang bekerja sebagai tukang urut.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia 1998,” katanya. – Sinar Harian

Tags: hina azanTukang Urutumat Islam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas ADUN Marina Kongsi Pengalaman ‘Seram’ Cari Tukang Urut Secara Online

Bekas ADUN Marina Kongsi Pengalaman ‘Seram’ Cari Tukang Urut Secara Online

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim berkongsi pengalaman tidak disangka ketika mendapatkan khidmat tukang...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd