• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Ziarah Jenazah Abang Di Bakri, Johor

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini menziarahi jenazah abangnya Abdul Rahman, 76, yang meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini akibat sakit tua pada pukul 7.45 malam tadi.

Timbalan perdana menteri turut bersama keluarga dan sahabat handai membaca yasin dan solat jenazah yang diimamkan anak saudara mereka Ilham Imam di kediaman Allahyarham di Taman Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri.

Muhyiddin tiba bersama Setiausaha Politiknya Datuk Tahir Md Taat dan anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Jamek Kampung Kenangan sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, dekat sini untuk disemadikan.

Anak ketiga Allahyarham, Hairani, 41, berkata arwah bapanya itu merupakan anak bongsu daripada enam beradik hasil perkahwinan isteri pertama Allahyarham Yassin bersama Allahyarham Maznah Daud.

“Emak meninggal dunia 12 tahun lalu. Arwah mempunyai enam anak dan 14 orang cucu,” katanya.

Hairani berkata arwah bapanya dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini sejak dua hari lalu kerana batuk dan kelihatan lemah.

Allahyarham juga mengalami masalah buah pinggang dan jangkitan paru-paru, katanya.

Allahyarham Abdul Rahman merupakan pesara guru agama di Sekolah Arab Saadiah, Jalan Bakri di sini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik

16/10/2026
0

PUNCAK ALAM - Cadangan resolusi khas dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Perbadanan Pengurusan Graham Garden di Puncak Alam, Selangor...

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd