• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tiada Perancangan Jual LTSAAS Subang

oleh
25/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak sekali gus menolak spekulasi yang kini hangat diperkatakan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, hartanah lapangan terbang merupakan aset strategik kerajaan.

“MOF ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini,” katanya pada Jumaat.

Kementerian itu turut memberitahu, LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

“MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut. Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS,” katanya.

MOF berkata, sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun iaitu 2007 hingga 2037, merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage.

“Sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kementerian ingin menasihatkan semua pihak supaya tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini.

“Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak yang berbuat demikian,” kata kenyataan berkenaan. – Sinar Harian

Tags: LTSAAS SubangMAHBMOF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

Kenaikan Harga Minyak Mentah Global Tidak Dapat Dielakkan – Kementerian Kewangan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan Madani kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd