• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Baiknya Hatimu Selebriti Malaysia”

oleh
02/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ amat sesuai bagi menggambarkan keprihatinan beberapa selebriti terkenal dalam membantu memasarkan produk peniaga kecil yang terjejas susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Baru pertama kali membuat promosi di laman Facebook miliknya, pendakwah bebas Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang yang mempunyai lebih 430,000 pengikut berkata, niat utamanya adalah untuk membantu peniaga kecil yang berdepan kesukaran meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya saja-saja lakukannya. Kebetulan, laman Facebook ada ramai pengikut, jadi saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi ruang yang ada itu untuk golongan terbabit. Tak sangka pula ramai yang mengikutinya.

“Saya cuba bantu mereka dengan sediakan platform yang ada dan tiada caj yang dikenakan, namun mereka juga perlu beri keterangan ringkas pada setiap produk mereka, agar memudahkan orang ramai untuk membelinya,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, usahawan Datin Nina Ismail Sabri yang juga anak sulung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut membantu golongan peniaga kecil ini dengan menyediakan ruang khas, tanpa mengenakan sebarang caj perkhidmatan.

Dalam akaun instanya, beliau membuka peluang peniaga, peniaga dalam insta, restoran, dan sesiapa sahaja berkongsi maklumat perniagaan ditawarkan.

“Tiada bayaran dan tak perlu hantar apa-apa barang okay. Saya hanya perlukan butiran anda. Kalau ada laman sesawang, boleh bagi supaya saya boleh ‘swipe up link’. Kepada mereka yang bukan peniaga, tolong bantu sokong mereka okay,” tulisnya dalam Instagram miliknya yang mempunyai lebih 503,000 pengikut.

Difahamkan, isteri kepada pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie ini, menerima lebih 200 penyertaan daripada peniaga kecil untuk mempromosikan perniagaan mereka dan beliau membuat ‘posting’ untuk 30 peniaga pertama hari ini.

Turut senada, selebriti Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar yang membuka ruang komen di laman Instagramnya @the_haidars yang mempunyai lebih 423,000 pengikut, buat golongan peniaga mempromosikan barangan mereka.

“Sesiapa ada perniagaan kecil-kecilan yang dipromosikan boleh kongsi di bawah (di ruangan komen). Moga ianya dapat membantu serba sedikit.

“Insya Allah ada yang baca dan ada yang membeli. Sesiapa yang nak membeli secara dalam talian boleh periksa kat bawah ni, macam-macam ada. Kita sama-sama mengurangkan beban mereka,” tulisnya.

Kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara berkuat kuasa selama 14 hari bermula semalam.

Tempoh dua minggu berkenaan adalah tempoh penting bagi negara, untuk melandaikan lekuk Covid-19 yang sebelum ini pernah merekodkan sebanyak 9,020 kes baharu harian, tertinggi sejak pandemik berkenaan melanda negara awal tahun lalu. – BERNAMA

Tags: facebookinstagrampandemik COVID-19selebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd