• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Nicky: 12 Pegawai Penguat Kuasa Termasuk DSP, ASP Ditahan

oleh
27/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 12 pegawai agensi penguat kuasa, termasuk seorang berpangkat Superintendan disyaki terbabit kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’, ditahan melalui Op Pelican 3.0 sejak 21 April lalu hingga hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata semua suspek terbabit berusia antara 36 hingga 49 tahun, termasuk dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, operasi dijalankan pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Tangkapan yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi seorang pegawai berpangkat Superintendan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman serta seorang Inspektor di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Seterusnya, seorang Deputi Superintendan (DSP) di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Selangor, seorang Asisten Superintendan (ASP) dalam cawangan khas IPK Selangor serta dua Inspektor di JSJ IPK Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Selain itu, seorang DSP di JSJ IPD Melaka Tengah, manakala tangkapan membabitkan IPK Kuala Lumpur pula meliputi dua ASP di JSJK dan JSJ IPD Sentul,” katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, tiga lagi individu meliputi Inspektor bertugas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Negeri Sembilan, dan Penolong Pesuruhjaya SPRM serta Penguasa SPRM di Putrajaya, turut ditahan.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan, Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

“Jumlah keseluruhan tangkapan berhubung kes berkenaan ialah 64 individu, setakat ini, dan siasatan masih dijalankan. Jika ada nama baharu (individu disyaki), kita akan menjalankan operasi susulan.

“Biarlah kita menjalankan soal siasat terperinci dan menyiapkan kertas siasatan. Saya tidak boleh memberikan perinciannya. Saya pun tidak menyebut nama sebab mereka belum dituduh lagi.

“Jumlah ini tidak statik dan bergantung pada siasatan yang dijalankan. Ia akan berkembang,” katanya.

Ditanya sama ada penangkapan itu bakal membawa kepada penemuan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee, beliau berkata: “Insya-Allah… tidak pasti Nicky berada di Malaysia atau luar negara.” – BH Online

Tags: Geng NickyNicky Liow Soon Hee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri KDN Nafi Kenal Nicky Liow

07/10/2021
0

KOTA KINABALU - Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menafikan bahawa beliau mengenali atau mempunyai kaitan dengan...

Pegawai Polis Dikaitkan Geng Nicky Dibebaskan

06/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan G S Baldev Singh yang sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd