• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

INTERPOL Enggan Ulas Notis Merah, Biru Buat Nicky Liow

oleh
21/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Antarabangsa (INTERPOL) enggan mengulas berhubung laporan agensi itu mengeluarkan Notis Merah dan Biru terhadap ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Notis Merah dikeluarkan apabila seorang individu dikehendaki sesebuah negara untuk pendakwaan atau untuk menjalani hukuman berdasarkan waran tangkap atau keputusan mahkamah.

Notis Biru merujuk kepada permintaan untuk menjejaki, mengenal pasti atau mendapatkan maklumat mengenai orang yang menjadi perhatian.

Pejabat Media INTERPOL dalam kenyataan kepada BH hari ini berkata, sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh diajukan kepada pihak berkuasa di Malaysia.

“Organisasi ini tidak mahu komen mengenai kes atau individu terbabit.

“Kami menasihatkan mereka yang mahu mendapatkan maklumat berhubung perkara ini untuk menghubungi pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Pada 15 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan memohon supaya nama Nicky Liow berada dalam senarai Notis Merah INTERPOL.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik berkata, permohonan sedang dibuat dan dijangka diluluskan dalam masa terdekat.

Pada 12 April lalu, PDRM dilaporkan sudah memohon Notis Biru kepada INTERPOL, bagi mengesan dan menangkap Nicky Liow yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dipetik berkata pihaknya bagaimanapun belum menerima sebarang maklum balas daripada agensi antarabangsa itu, setakat ini.

Sebelum ini, media melaporkan kebocoran maklumat mengenai Operasi Pelican 3.0 yang dilaksanakan oleh Polis Kontinjen Johor, mengenai serbuan yang bakal dilaksanakan di kawasan Setia Walk, Puchong, menyebabkan Nicky Liow selaku suspek utama melarikan diri.

Nicky Liow, 33, dipercayai mengetahui maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis, selain agensi penguat kuasa lain yang berada di bawah kawalannya.

Dalam 70 serbuan Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dari 20 hingga 28 Mac lalu, 118 individu diperiksa dan 68 ditahan, manakala wang tunai lebih RM770,000 dirampas. – BH Online

Tags: InterpolNicky Liow Soon HeePDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd