• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyraf Kongsi Wajah Comel Adik

oleh
19/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran ahli baharu dalam keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, disambut gembira dan penuh rasa syukur anak-anak.

Anak ketiga Khalid, Asyraf Khalid, 28, teruja dengan kehadiran adik lelakinya yang dilahirkan pada jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Dihubungi BH Online, Asyraf memberitahu, dia dan isteri, Tya Arifin tiba di hospital kira-kira jam 6.40 pagi. 

Biarpun tidak sempat bertemu Siti yang sudah berada dalam dewan pembedahan ketika itu, Asyraf bersyukur proses kelahiran lancar.

“Alhamdulillah, syukur kerana semuanya lancar. Apa yang penting, Mak Iti dan bayi sihat. 

“Memang pada mulanya agak bimbang berikutan Mak Iti sudah berumur… Alhamdulillah semuanya elok.

“Sebagai abang, perasaan saya tentulah seronok kerana ada pertambahan ahli keluarga baharu. 

“Lebih-lebih lagi, tidak lama kita akan meraikan Syawal, jadi kehadiran adik akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri,” katanya.

Berkongsi kegembiraan, Asyraf turut memuat naik foto wajah adik lelakinya di Instagram (IG), kira-kira empat jam lalu.

Asyraf menyifatkan bayi lelaki itu menjadi pelindung kepada adik perempuannya, Siti Aafiyah yang berusia tiga tahun dan ibu tirinya.

Asyraf menambah, dia dan tiga adik-beradik iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib dan Muhammad Aazief sentiasa ingat pesan ayah agar menjaga dua adik yang masih kecil.

“Tanggungjawab kami makin bertambah dengan kehadiran seorang lagi adik dalam keluarga. 

“Ayah selalu berpesan dan mengingatkan kami agar menjaga kebajikan Aafiyah dan adik kerana ayah sudah berumur.

“Insya-Allah kami akan cuba menjalankan tanggungjawab sebagai abang dengan baik. Walaupun saya anak ketiga, namun, dengan adik-adik masih kecil, saya terasa diri seperti abang sulung pula. 

“Saya akan cuba menjadi contoh yang baik buat adik-adik, jadi mereka ada seseorang untuk dijadikan rujukan.

“Saya harap adik dapat menjaga kakak dan Mak Iti kelak. Walaupun dia yang paling kecil, namun, sebagai anak lelaki, saya berharap dia dapat menjadi pelindung untuk ibu serta kakaknya,” katanya. – BH Online

Tags: adik lelakiAsyraf Khalidmelahirkan bayisiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adik Lelaki Setia Jaga Kakak Sakit Hingga Akhir Hayat

Adik Lelaki Setia Jaga Kakak Sakit Hingga Akhir Hayat

23/11/2024
0

KULAI: Biarpun kurang bergaul dengan jiran, dua beradik yang ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka didapati saling menyayangi hingga hujung...

Pakai Jam Tangan Mewah Jutaan Ringgit, Siti Memang Layak

08/11/2021
0

PETALING JAYA – “Dia layak memakainya.” Itu antara respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd