• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Siasat Rakaman Audio Tentukan Tulen Atau Sebaliknya

oleh
08/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, baru-baru ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, siasatan akan dilakukan bagi melihat sama ada rakaman audio itu tulen atau sebaliknya. 

“Sudah tentu kita (KDN) akan siasat semua laporan yang diberikan kepada kita. Pertama, siasat tentang ketulenan, apakah ada perbuatan itu. 

“Kalau tidak ada perbualan itu, maka bermakna cerita yang dibuat itu adalah fitnah,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan melancarkan Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) di sebuah hotel, di sini, hari ini. 

Hamzah berkata, beliau juga ada mendengar rakaman audio berkenaan. 

“Kalau ceritanya betul, saya dengar juga (audio itu), ceritanya Zahid mengaku bahawa Anwar adalah cikgu. 

“Kalau itu betul, salah ke Anwar Ibrahim jadi cikgu kepada Ahmad Zahid. Yang dua-dua nak marah ni kenapa? Saya pun hairan juga,” katanya. 

Mengulas mengenai kerjasama antara UMNO dengan PKR seperti dalam perbualan itu, beliau berkata, ia adalah terpulang kepada kedua-dua pihak berkenaan. 

“Salah ke kalau UMNO nak bekerjasama dengan PKR. Kalau salah, terpulang kepada mereka. Jadi kalau mereka kata tidak ada, tidak pernah bincang, maknanya tidak benar UMNO nak bersubahat dengan PKR. 

“Jadi apahal nak kena hantar surat kepada Agong. Sudah tidak ada. Maknanya Anwar Ibrahim kata dulu dia ada ‘formiadble numbers’ (jumlah majoriti mencukupi membentuk kerajaan) tidak benar. 

“Tidak ada pun kerjasama. Jadi ada dua perkara di sini, pertama ada perbualan dan adakah ia tulen, kedua apa yang ada dalam perbualan itu. Apakah kerjasama itu berlaku atau tidak, dia jawablah,” katanya. 

Terdahulu, audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO. – myMetro Online

Tags: Ahmad Zahid HamidiAnwar IbrahimKDNrakaman audio
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd