• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sedia Berbelanja Besar Demi Selamatkan Ekonomi Rakyat

oleh
02/04/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersedia untuk berbelanja besar demi menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, penularan wabak itu amat mencabar bagi kerajaan kerana membabitkan nyawa dan juga menjejaskan ekonomi negara, sehingga memaksa kerajaan berbelanja besar untuk membeli ubat-ubatan, memastikan katil hospital mencukupi serta menambah bilangan doktor dan jururawat.

“Ini kita lakukan kerana kita perlu menyelamatkan setiap nyawa rakyat dan kerajaan telah membelanjakan antara RM7 bilion hingga RM8 bilion untuk selesaikan masalah Covid-19 dan jumlah itu belum lagi termasuk wang untuk pembelian vaksin,” katanya ketika berucap pada Program Perjumpaan Masyarakat Samarahan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, di sini hari ini.

Perdana menteri berkata kerajaan telah membuat tempahan vaksin dalam kuantiti yang besar kerana tidak mahu mengambil mudah nyawa rakyat. 

Beliau turut menyatakan rasa puas hati dengan proses program vaksinasi di Sarawak dan berjanji akan meminta Kementerian Kesihatan menghantar lebih banyak vaksin Covid-19 ke negeri itu.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata meskipun berdepan situasi paling sukar dalam sejarah negara berikutan penularan pandemik itu, rakyat kekal bersatu. 

Katanya, sebaik dilantik menjadi perdana menteri, beliau terus berdepan dengan pandemik itu, menyebabkan langkah segera perlu diambil.

“Keputusan terpaksa diambil dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya rakyat selamat daripada musibah pandemik di seluruh negara. Walaupun kesannya besar tetapi tujuannya (penguatkuasaan PKP ialah) supaya rakyat selamat,” katanya.

Menurut Muhyiddin, kerajaan terpaksa mengambil langkah mengimbangi nyawa rakyat dan kesan ekonomi, kerana hampir semua sektor ekonomi terpaksa ditutup sehingga menyebabkan negara kerugian RM2.4 bilion.

Katanya, kerajaan mengumumkan pelbagai pakej bantuan bernilai RM300 bilion bagi membantu golongan yang terkesan dan keadaan kini beransur pulih dengan hampir 100 peratus sektor ekonomi sudah dibuka semula kecuali beberapa sektor seperti pelancongan. 

“Kita kini bersedia untuk kembali beroperasi seperti asal dan kita boleh nampak cahaya di hujung terowong,” kata Muhyiddin sambil menambah bahawa pentadbiran negara juga perlu kukuh dan tidak diganggu agar kerajaan boleh memberikan sepenuh tumpuan terhadap usaha membantu rakyat. 

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Sarawak agar meneruskan sokongan mereka kepada kerajaan persekutuan sedia ada bagi membolehkannya terus membantu negeri tersebut untuk mencapai wawasannya menjadi sebuah negeri maju pada 2030.

Menyentuh lawatan terbaharunya ke negeri ini yang juga lawatan lengkap pertama beliau sejak menjadi perdana menteri pada Mac tahun lalu, Muhyiddin berkata ada perasaan luar biasa dalam lawatan kerjanya kali ini kerana ia seperti “balik ke kampung halaman sendiri”.

“Lawatan ini amat istimewa. Hati saya tersentuh bila Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) berkata GPS (Gabungan Parti Sarawak) akan terus memberi sokongan padu kepada saya sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Majlis perjumpaan itu adalah antara program yang disusun dalam jadual padat lawatannya ke Sarawak yang bermula semalam dan beliau dijangka meninjau projek naik taraf Hospital Umum Sarawak petang ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: ekonomi negaraKerajaan PNpandemik COVID-19rakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd