• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Pegawai Bocor Maklumat, ‘Lindungi’ Nicky Liow – KPN

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat pegawainya yang membocorkan maklumat dalam usaha polis memburu Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang terlibat sindiket jenayah terancang.

Menurutnya, daripada soal siasat berlaku kebocoran maklumat dan akibat kebocoran itu Nicky (Son Hee) berjaya memindahkan sejumlah besar wang yang dibawa keluar dari premis.

“Hal itu dilihat saksi terbabit dan saksi berkenaan yakin itu adalah wang tunai sebagaimana yang dipaparkan di media sosialnya dengan wang yang ditaburkan di atas lantai.

“Betapa ‘slacknya’ pegawai ini walhal begitu ramai mangsa tertipu dengan kes ini.

“Kita akan tangkap pegawai polis ini. Degil! Masih lagi hidup dengan khayalan dan lihat nasib dia bagaimana. Saya mahu lihat sejak bila dia ambil duit. Kalau dia ambil selepas saya bagi amaran, maknanya dia memang tidak cerdik. Tamak! Akhirnya tumpas,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini pada Selasa.

Abdul Hamid berkata, terdapat 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk polis terlibat dengan sindiket terbabit.

“Mereka ini bergaul, menjadi ahli, membantu dan menerima suapan,” katanya.

Tegas Abdul Hamid, beliau akan perhalusi dan akan menyiasat akaun bank, bagaimana pembayaran dibuat dan lain-lain untuk tindakan di bawah undang-undang.

“Saya akan ambil tindakan. Tiada isu mahu cover (lindung). Tiada apa mahu dimalukan. Ini hakikatnya. Betapa teruknya keadaan ini.

“Sampai bila? Saya tidak akan jemu dengan perkara ini. Teruskan bersihkan elemen ini di mana penjenayah masuk dalam PDRM, atur tindakan dapat perlindungan.

“Saya akan utamakan tindakan di bawah undang-undang dan tatatertib kemudian. Perbuatan itu sungguh jijik. Saya cenderung untuk ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan pengubahan wang haram,” katanya. – Sinar Harian

Tags: anggota polisNicky Liow Soon HeePDRMpegawai polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd