• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Negeri Kekal PKPB, Rentas Negeri Tidak Dibenarkan

oleh
30/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lima negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan bermula 1 April sehingga 14 April.

Manakala Sarawak yang turut kekal PKPB akan bermula hari ini sehingga 12 April ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini dibuat selepas kerajaan mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mendapati semua kawasan di enam negeri itu masih terdapat zon merah dan jingga.

“PKPB di negeri Semenanjung ini bermula 1 April sehingga 14 April manakala di Sarawak bermula hari ini sehingga 12 April.

“Sehubungan itu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang mengikuti pelan gelembung pelancongan untuk negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) saja,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, 10 negeri dan wilayah kekal status PKP Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah bermula 1 April hingga 14 April.

Beliau berkata, bagaimanapun Seremban di Negeri Sembilan dan Kuala Muda di Kedah masih kekal PKPB.

Menurutnya, rentas daerah dibenarkan kecuali di Sarawak dan Sabah atas keputusan kerajaan negeri. – myMetro Online

Tags: JohorKelantankuala lumpurperintah kawalan pergerakan bersyaratPulau Pinangsarawakselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd