• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

68 Peratus Rakyat Malaysia Mahu Terima Vaksin COVID-19

oleh
26/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 68 peratus rakyat negara ini mahu menerima suntikan vaksin COVID-19 berdasarkan statistik daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Melalui statistik itu juga, katanya, didapati hanya 16 peratus rakyat negara ini masih tidak pasti sama ada mahu atau tidak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Sasaran kita adalah 80 peratus rakyat negara ini divaksinasi. Oleh itu, maklumat mengenai program vaksinasi perlu diberikan dengan tepat supaya rakyat tidak rasa was-was, selain kerjasama semua pihak penting untuk menjayakan program ini.

“Maklumat yang betul akan memberi keyakinan kepada rakyat bagi menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (KHAS) Bil 1 di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat di negara ini tidak perlu bimbang dengan vaksin COVID-19 yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kerana ia diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Setiap individu perlu bekerjasama dengan kerajaan dan menerima suntikan vaksin COVID-19, tidak perlu pilih mana-mana vaksin dan jika ada terus ambil,” katanya.

Mohd Redzuan berkata, Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) yang dianggotai badan sukarela diwujudkan bagi menggalak dan membantu komuniti untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Selain itu, katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sudah diminta mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang akan bertindak sebagai ‘war room’ bagi melancarkan proses gerak gempur ABC-19.

“ABC-19 akan uruskan pendaftaran vaksinasi dan mereka adalah sukarelawan yang berada di peringkat daerah dan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: rakyat Malaysiavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd