• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Individu Pertama Disuntik Vaksin Sinovac

oleh
18/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Sinovac hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 keluaran China di Hospital Rembau pada jam 1.30 tengah hari. 

Beliau tiba di hospital itu kira-kira jam 1.25 tengah hari dan melalui tiga stesen di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum disuntik dengan vaksin berkenaan oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd Samad di stesen keempat dan seterusnya diletak di bawah pemerhatian di stesen kelima.

Stesen pertama ialah untuk saringan gejala dan suhu, diikuti stesen kedua untuk pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran untuk suntikan vaksin COVID-19 dan stesen ketiga bagi proses konsultasi dan persetujuan imunisasi.

Turut menerima suntikan pertama vaksin Sinovac hari ini ialah 10 petugas barisan hadapan di Negeri Sembilan.

Khairy sebelum itu memaklumkan negara menerima sejumlah 100,000 dos vaksin COVID-19 Sinovac pada Isnin lalu dan bakal menerima jumlah yang sama pada 22 Mac ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Februari lepas dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech. – BERNAMA

Tags: ImunisasiKhairy JamaluddinSinovacvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

KJ Mohon Akaun UMNO Diaktifkan Semula, “Insya’Allah, I’m Coming Home”

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memohon agar pemecatan keahliannya dibatalkan dan nombor...

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

Presiden UMNO Berjaya Bawa Pulang Tokoh-Tokoh – Khairuddin

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Khairuddin Takiri menyifatkan gagasan 'Rumah Bangsa' sebagai langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd