• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Peristiwa Israk Dan Mikraj – Muhyiddin

oleh
11/03/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam negara ini menghayati peristiwa Israk dan Mikraj walaupun sambutan pada tahun ini dalam suasana norma baharu susulan situasi Covid-19.

“Salam Israk Mikraj 1442H /2021M. Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, tazkirah dan sebagainya.

“Situasi semasa Covid-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana. Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya, semalam.

Perdana Menteri berharap penghayatan terhadap peristiwa itu mampu menjadikan umat Islam sebagai manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut hari ini adalah peristiwa memuktamadkan kewajiban melaksanakan solat lima waktu bagi umat Islam selain Nabi Muhammad SAW dapat menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT.

Ia berlaku setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah yang kemudiannya menjadi model pengurusan pentadbiran Islam yang berjaya dalam perkembangan dakwah dan hubungan harmoni pelbagai agama. – BERNAMA

Tags: Israk mikrajMuhyiddin Yassinumat Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

Aksi Goyang Dangdut Cemari Program Israk Dan Mikraj Di Banyuwangi

17/01/2026
0

BANYUWANGI– Sebuah video memperlihatkan persembahan aksi tarian muzik dangdut sempena program peringatan Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW di Desa Parangharjo,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd