• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbuka Malaysia TBC Norma Baharu 2021, Sabtu Ini

oleh
17/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina Norma Baharu 2021 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal diadakan buat julung kali secara maya, Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sambutan itu akan disiarkan menerusi platform media sosial Facebook MOTAC, MyMOTAC dan saluran TV1, RTM pada 9 malam serta dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada tahun ini, MOTAC tetap meneruskan tradisi sambutan perayaan ini dengan cara norma baharu. Walaupun dari segi skala penganjurannya adalah terhad, namun sambutan Tahun Baru Cina tetap disambut meriah.

“Inisiatif ini membolehkan rakyat pelbagai kaum turut serta menyambut dan berkongsi kegembiraan bersama-sama rakan-rakan masyarakat Cina di negara ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas secara maya berkenaan sambutan rumah terbuka itu, di sini hari ini.

Selain mengetengahkan tradisi menyambut perayaan Tahun Baru Cina sebagai satu daripada keunikan tradisi dan budaya masyarakat setempat, Nancy berkata sambutan ini merupakan platform terbaik untuk memberi pendedahan dan kefahaman umum mengenai budaya, tradisi dan adat yang diamalkan di Malaysia.

Katanya, antara pengisian menarik sambutan rumah terbuka kali ini ialah kompilasi video pelaksanaan sambutan Tahun Baru Cina dari tahun 2016-2020, persembahan tarian ‘Selamat Datang’ dan Tarian Kipas daripada Artis Tari Istana Budaya serta persembahan nyanyian artis jemputan, Masya Masyitah dan Nicole Lai. 

Selain itu, Nancy berkata segmen ucapan tokoh masyarakat Cina turut menampilkan Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Soh Chin Aun, Dr Lim Swee Tin, Tan Sri Richard CK Ko dan lain-lain bagi membicarakan perbezaan sambutan Tahun Baru Cina dari dahulu hingga sekarang.

“Penganjuran sambutan ini diharapkan dapat meningkatkan semangat bersatu hati dan toleransi serta menyemai nilai-nilai murni dan budaya yang tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum untuk lebih bersifat terbuka dan saling hormat-menghormati,” katanya.

Beliau juga berharap sambutan ini dapat menjadi acara tahunan yang berupaya menarik perhatian seluruh masyarakat Malaysia dan seterusnya program tersebut dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha mengekalkan seni dan budaya di negara ini. – BERNAMA

Tags: MOTACRumah TerbukaTahun baharu Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd