• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: BN Sabah Sasar Bertanding 14 Kerusi Parlimen

oleh
15/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Barisan Nasional Sabah menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 14 daripada keseluruhan 25 kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata Jabatan Urusan Pilihanraya (Juara) UMNO Sabah akan menjalankan penyelidikan dalam tempoh terdekat bagi menentukan kawasan Parlimen yang sesuai untuk ditandingi.

“Dalam PRU15 kita nak menang untuk tubuhkan kerajaan bukan kerusi untuk bermegah, mesti diteliti  setiap kerusi, geopolitik kehendak pengundi dan lokaliti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada PRU14, UMNO Sabah bertanding di 14 kerusi Parlimen, bagaimanapun pada masa ini parti itu hanya diwakili di dua kerusi iaitu Kinabatangan menerusi Bung Moktar dan Kimanis yang disandang oleh Datuk Mohamad Alamin.

Bung Moktar berkata rundingan awal BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga perlu dilakukan secara telus berdasarkan kekuatan parti masing-masing bagi menentukan agihan kawasan Parlimen yang akan ditandingi.

Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengingatkan menteri dan pembantu menteri daripada UMNO agar lebih proaktif turun padang menangani masalah rakyat ketika COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya harap semua wakil rakyat UMNO mengekalkan momentum untuk terus bekerja dan bersama rakyat sejak diangkat menjadi wakil rakyat bukannya bekerja ketika dekat pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata UMNO Sabah akan mengadakan sambutan 30 tahun parti itu pada Sabtu ini di Bangunan UMNO di sini. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalBN Sabahkerusi parlimenPRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd