• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terima 7 Laporan Terhadap Tommy Thomas

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan memfitnah yang dilaporkan dilakukan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pada masa ini polis masih menjalankan siasatan terhadap setiap dakwaan yang dikaitkan terhadap Tommy.

“Sehingga pagi tadi, polis sudah menerima tujuh laporan di seluruh negara. Kita akan mengambil kenyataan semua pihak yang terbabit seperti dilaporkan untuk proses rakaman percakapan bagi melengkapkan siasatan.

“Pada masa ini, kita serahkan kepada pegawai penyiasat menjalankan tugas. Beri mereka masa untuk memanggil semua mereka yang terbabit,” katanya selepas melakukan lawatan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sungai Besi, pagi tadi.

Acryl Sani berkata, kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan, sebelum tindakan susulan dilakukan.

Kelmarin, bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, membuat laporan polis di Cyberjaya, selepas mendakwa Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

Turut membuat laporan polis adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, semalam, atas dakwaan yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung fitnah. – BH Online

Tags: bekas peguam negaralaporan polisTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

Laporan Polis Tidak Akan Baiki Prestasi Kerajaan, Saya Ada Data MyCC – ZRA

Laporan Polis Tidak Akan Baiki Prestasi Kerajaan, Saya Ada Data MyCC – ZRA

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) menegaskan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) membuat laporan polis terhadapnya berhubung isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd