• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Diberikan Sambutan Negara Di Istana Merdeka

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sambutan negara di Istana Merdeka di sini, pada hari ini (Jumaat), sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Muhyiddin tiba di istana berkenaan pada pukul 10.30 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Muhyiddin kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat oleh Pasukan Keselamatan Presiden Indonesia.

Perdana Menteri tiba di Jakarta pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi yang menandakan hubungan erat selama 62 tahun antara kedua-dua negara.

Ini  merupakan kunjungan pertama Muhyiddin ke negara Asia Tenggara setelah menjawat jawatan Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Muhyiddin dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi, panggilan mesra Presiden Indonesia itu dan lawatan ini akan menjadi platform bagi kedua-dua pemimpin untuk memperkukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Kedua-dua pemimpin itu kemudian dijangka akan mengadakan sidang media bersama selepas perbincangan berkenaan.

Pertemuan ini akan membolehkan Malaysia untuk mengetengahkan dasar dan pendirian terkini kerajaan, terutama mengenai isu-isu berkaitan kepentingan dan manfaat bersama. – BERNAMA

Tags: Indonesiaistana merdekaMuhyiddin Yassinsambutan negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd