• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama NGO, Korporat Diperlukan Untuk Perluas Bantuan

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengalu-alukan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat untuk memperluas bantuan kepada setiap golongan memerlukan di seluruh pelosok negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata beliau berhasrat memperluas agihan bantuan itu kerana menyedari adanya golongan B40, M40, fakir miskin dan mereka yang terdesak memerlukannya.

“Kita akan tengok skala besar, kita akan adakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan atau pihak majlis agama negeri yang memungkinkan bantuan tersebut terfokus dan mengenai sasaran yang hendak kita sampaikan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi bantuan banjir Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke Kelantan, di sini hari ini.

Ditanya mengenai program bantuan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia dinaungi Ebit Lew ke Semporna, Sabah baru-baru ini yang terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan, Zulkifli mengalu-alukan pendakwah itu untuk bekerjasama dengan agensi agama persekutuan bagi memudahkan penyelarasan sumbangan.

Mengenai konvoi MAIWP ke Kelantan, Zulkifli berkata barangan bantuan yang dibawa termasuk makanan, periuk nasi, lampin pakai buang kanak-kanak, tuala, sejadah dan telekung dengan nilai keseluruhan RM1 juta.

Beliau berkata secara keseluruhannya, MAIWP memperuntukkan RM5 juta untuk bantuan banjir kepada empat negeri iaitu Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dengan setiap negeri menerima barangan keperluan bernilai RM1 juta dan RM250,000 untuk masjid-masjid yang terjejas.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli menasihatkan umat Islam di negara ini supaya merujuk kepada pandangan mufti jika berlaku kekhilafan atau keraguan berhubung hukum atau fahaman tertentu bagi mengelakkan mereka terpengaruh dengan ajaran sesat.

“Saya begitu berkeyakinan setiap orang ada kelemahannya tetapi apabila berlaku jawapan yang rasmi daripada pihak yang berautoriti, kita akan jadi selamat,” katanya ketika ditanya mengenai ajaran ‘Agama Melayu’ yang dikatakan dibawa oleh individu dikenali sebagai ‘Ibu Yati’ atau nama sebenar Wan Noor Hayati Wan Alias. – BERNAMA

Tags: bantuanislamNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd