• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi daerah berada di Zon Hijau di semenanjung, dengan lima negeri berada dalam Zon Merah penularan COVID-19 sepenuhnya, setakat semalam.

Berdasarkan data terkini taburan kes COVID-19 dikongsikan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh 14 hari sejak 11 Januari hingga semalam, kelima-lima negeri itu ialah Pulau Pinang; Selangor; Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan; Melaka serta Johor.

Di Kelantan dan Terengganu, masing-masing merekodkan hanya satu daerah di bawah Zon Kuning iaitu Jeli dengan 17 kes dan Kemaman (19 kes), manakala di Negeri Sembilan, daerah Jelebu masih diletakkan di bawah Zon Kuning dengan 12 kes, satu kawasan pula iaitu Tampin, mencatatkan 21 kes dan diletakkan di bawah Zon Jingga.

Jangan Risau… Klik Sini

Situasi sama juga di Perak, hanya daerah Hulu Perak yang masih berada di Zon Kuning dengan 16 kes, manakala daerah Perak Tengah mula diletakkan di Zon Jingga berikutan peningkatan kes baharu direkodkan di kawasan itu.

Zon Hijau di Sarawak yang ketika ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga semakin merosot kepada hanya enam daerah masih kekal iaitu Mukah, Lundu, Lawas, Daro, Matu serta Saratok.

Sementara Kuching, Miri, Sibu, Kanowit serta Beluru sudah berada di Zon Merah dengan peningkatan kes agak mendadak.

Secara keseluruhan juga, sepanjang tempoh 14 hari itu, 43,345 kes baharu direkodkan dengan Selangor terus mencatatkan kes penularan tertinggi iaitu 14,129 kes positif diikuti Sabah (6,097 kes); Johor (5,340 kes); Wilayah Persekutuan (5,306 kes); Pulau Pinang (2,384 kes) dan Sarawak, 1,922 kes.

Negeri Sembilan pula merekodkan 1,604 kes, manakala Kelantan (1,377 kes); Kedah (1,112 kes); Perak (1,078 kes); Melaka (1,023 kes); Terengganu (772 kes); Pahang (531 kes) dan 62 kes direkodkan di Perlis. 

Mengikut rekod pecahan di setiap daerah pula, Petaling di Selangor terus merekodkan kes tertinggi iaitu 4,048 kes, diikuti Klang (3,345 kes); Hulu Langat (2,849 kes); Sepang (1,163 kes) dan Gombak (1,035 kes). 

Di Johor, daerah Johor Bahru mencatat kes tertinggi dengan 2,038 kes manakala di Wilayah Persekutuan, Lembah Pantai, Titiwangsa dan kepong masing-masing merekodkan 1,928 kes, 1,311 kes serta 1,500 kes. Daerah lain di seluruh negara masih merekodkan kes di bawah 1,000.

Bermula 18 Januari juga, pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 tidak termasuk kes import A (luar negara), import B (merentas negeri), import C (merentas daerah) serta di penjara, lokap dan depot tahanan Imigresen. – BH Online

Tags: Covid-19semenanjungzon hijau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd