• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Antara 4 Kes Dalam Komuniti Di Singapura

oleh
22/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang wanita warganegara Malaysia berusia 46 tahun merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Menurut data penuh yang di keluarkan Kementerian itu lewat malam tadi, wanita itu yang dilabel sebagai Kes 59513, merupakan seorang pemegang pas kerja yang bekerja sebagai jurujual di Toppan Merrill PTe Ltd di Church Street, tetapi tidak bertemu secara langsung dengan pelanggan.

Kementerian itu menyatakan, wanita itu merupakan kontak rapat kepada Kes 59474, seorang wanita warganegara Malaysia berusia 28 tahun yang bekerja sebagai kakitangan bahagian kewangan di BD Industrial & Industrial Supply Pte Ltd, yang telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 20 Januari.

Jangan Risau… Klik Sini

“Beliau alami hidung tersumbat pada 19 Januari dan berada di rumah hampir keseluruhan hari tersebut. Disebabkan beliau dikenal pasti sebagai kontak rapat Kes 59474, beliau telah dihubungi MOH pada 20 Jan dan diletakkan dalam kuarantin,” menurut MOH.

MOH menyatakan yang wanita itu telah memberitahu mengenai simtomnya dan kemudiannya dihantar ke Hospital Besar Sengkang di mana beliau menjalani ujian saringan COVID-19.

“Hasil ujian pada hari yang sama mendapati beliau positif. Ujian serologinya didapati negatif, menunjukkan yang merupakan jangkitan semasa,” menurut kementerian itu.

Beliau kini sebahagian daripada kluster Kes 59429 yang kini mempunyai tujuh kes disahkan termasuk tiga lagi rakyat Malaysia.

Sehingga tengah hari Khamis, Singapura mencatatkan sejumlah 38 kes baharu, di mana 34 merupakan kes import dan empat kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,235.

Pada masa ini terdapat sejumlah enam kluster di republik tersebut. – BERNAMA

Tags: Covid-19jangkitan komunitirakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd