• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Aziz Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

oleh
12/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas daripada UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat UMNO di sini, hanya selepas beberapa jam Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara.

Pengumuman itu menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang ketiga daripada blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kedua-duanya juga dari UMNO.

Menurut Mohamed Nazri, keputusan itu dibuat atas mandat yang diberikan UMNO Bahagian Padang Rengas dan pendirian yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu. 

Nazri, yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, mendakwa penarikan sokongan beliau itu bermakna kerajaan kini hanya mempunyai sokongan 109 Ahli Parlimen. – BERNAMA

Tags: Nazri Azizperikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang dari Tokyo, Jepun dan sedang sibuk menguruskan negara bagi...

Perikatan Nasional Milik PAS Atau Bersatu?

Perikatan Nasional Milik PAS Atau Bersatu?

11/06/2026
0

PERKEMBANGAN mutakhir politik Malaysia menyaksikan perpecahan Perikatan Nasional (PN) membabitkan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) PAS dipimpin oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd