• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazri Aziz Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan PN

oleh
12/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas daripada UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat UMNO di sini, hanya selepas beberapa jam Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara.

Pengumuman itu menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang ketiga daripada blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kedua-duanya juga dari UMNO.

Menurut Mohamed Nazri, keputusan itu dibuat atas mandat yang diberikan UMNO Bahagian Padang Rengas dan pendirian yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu. 

Nazri, yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, mendakwa penarikan sokongan beliau itu bermakna kerajaan kini hanya mempunyai sokongan 109 Ahli Parlimen. – BERNAMA

Tags: Nazri Azizperikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman BN-PN Penuhi Suara Rakyat – Jalaluddin

Persefahaman BN-PN Penuhi Suara Rakyat – Jalaluddin

26/07/2026
0

SEREMBAN - Persefahaman yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

Sejarah Buktikan Malaysia Tidak Jadi Negara Taliban Seperti Didakwa PH – Pemuda MCA

Sejarah Buktikan Malaysia Tidak Jadi Negara Taliban Seperti Didakwa PH – Pemuda MCA

24/07/2026
0

SEREMBAN – Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia tidak menjadi negara 'Taliban' ketika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd