• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Hanya Wajar Selepas Covid-19 Reda – Bersatu

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian pilihan raya umum ke-15 hanya wajar diadakan apabila perkembangan pandemik Covid-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.

Ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan berhubung mesyuarat MPT itu berkata agenda utama Bersatu kini adalah menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara.

“Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan bencana banjir ketika ini.

“Tindakan beberapa pihak yang terus menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya,” katanya.

Wan Saiful berkata selain itu, Bersatu bertekad untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ke arah penyatuan ummah dan perpaduan rakyat.

Malahan ia akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.

“Dalam konteks PN, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota Perikatan Nasional yang lain iaitu PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP),” katanya.

Wan Saiful berkata Bersatu juga menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara.

“Bersatu memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju menganjurkan siri Jelajah Bersatu 2021 dalam masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa. – BERNAMA

Tags: BERSATUpandemik COVID-19PRU15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd