• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Kini 20,100

oleh
04/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 20,100 mangsa banjir direkodkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat jam 12 tengah hari dan mereka terdiri daripada 5,858 keluarga di enam negeri.

Dua kematian dicatatkan setakat ini membabitkan seorang lelaki di Kuantan, Pahang dan wanita di Kluang, Johor berdasarkan rekod Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Nadma, Pahang mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan seramai 11,034 terdiri daripada 3,476 keluarga diikuti 7,240 mangsa di Johor membabitkan 1912 keluarga dan 815 mangsa di Terengganu meliputi 206 keluarga.

Manakala, Perak merekodkan 573 mangsa daripada 150 keluarga diikuti 322 mangsa membabitkan 78 keluarga di Kelantan dan 116 mangsa merangkumi 36 keluarga di Selangor .

Sehingga kini, sebanyak 268 Pusat Pemindahan (PP) dibuka bagi menempatkan semua mangsa di negeri terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan sebanyak 92 jalan ditutup berikutan banjir, banjir kilat, jalan runtuh, jambatan rosak dan runtuh, jalan mendap serta cerun runtuh.

Kebanyakan penutupan jalan dilaporkan berlaku di Johor dan Pahang serta beberapa laluan di Perak, Selangor dan Terengganu. – myMetro Online

Tags: JohorKelantanmangsa banjirPahangPerakselangorTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd