• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Arah Semua Pihak Lipat Ganda Usaha Banteras Denggi

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan semua pihak berkenaan terutamanya agensi kerajaan supaya melipatgandakan usaha mencegah pembiakan nyamuk aedes terutamanya di kawasan yang telah dikenal pasti.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata walaupun Melaka bukan antara negeri mempunyai kes demam denggi tertinggi, namun usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan rakyat negeri ini tidak dijangkiti penyakit yang boleh membawa maut itu.

“Kerajaan negeri amat serius dalam menangani kes denggi berikutan peningkatan kes itu semasa musim panas sekarang…segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan rakyat tidak dijangkiti penyakit itu.

“Bagaimanapun, kita mesti lipat ganda usaha daripada kebiasaan kerana bilangan kes ini agak luar daripada kebiasaan. Rakyat juga perlu bertanggungjawab dengan memastikan tempat mereka bebas daripada pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Muhibah ‘Fit Malaysia For Unity’ di Dataran Keris Alor Gajah di sini, hari ini.

Menurut rekod Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan dari 4 Jan hingga 5 Mac lepas, Melaka mencatat 427 kes denggi iaitu ke-10 tertinggi di Malaysia.

Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 15,807 kes, Perak (2,802), Johor (1,342) dan Kuala Lumpur (1,310).

Idris berkata pelbagai inisiatif diambil seperti melaksanakan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah laku (COMBI) dan program pencegahan melalui aktiviti gotong-royong di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

Sementara itu, katanya golongan belia perlu menjadi pendukung kepada aktiviti sihat bagi mengelak penglibatan dalam anasir luar yang boleh mengugat masa depan negara.

Idris berkata semua pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) harus peka dan memberi perhatian terhadap kegiatan ekstremisme. – BERNAMA

Tags: denggiMelaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd