• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Maklum Harga Vaksin Covid-19 ‘Sulit’

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin bersedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos setiap vaksin Covid-19 yang sudah dipersetujui untuk dibeli, jika jawatankuasa itu bersetuju tidak mendedahkannya kepada umum.

Ia berikutan perundingan mengenai harga yang dibayar Malaysia kepada setiap syarikat pengeluar vaksin tertakluk kepada kerahsiaan yang dipersetujui bersama dengan pihak terbabit.

Mengambil contoh tindakan seorang pemimpin Belgium yang mendedahkan harga dibayar Kesatuan Eropah kepada syarikat pengeluar vaksin, Khairy yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), berkata, pihaknya bimbang ia bakal menjejaskan perjanjian antara Malaysia dengan syarikat pengeluar jika harga kos dalam rundingan itu didedahkan.

Beliau berkata, syarat kerahsiaan itu ditetapkan syarikat pengeluar vaksin kepada mana-mana kerajaan termasuk Malaysia yang mengadakan perjanjian dengan syarikat farmasuetikal manakala ciapan oleh menteri Belgium itu juga sudah diturunkan kerana melanggar syarat kerahsiaan ditetapkan.

“Kalau kita langgar syarat ini ia akan menjejaskan perjanjian yang dijalankan dengan syarikat farmaseutikal yang menggeluarkan vaksin. Ini adalah syarat mereka, bukan syarat kita.

“Kalau ikutkan kerajaan Malaysia kita nak umum, kita tidak ada masalah untuk mengumumkannya, tetapi saya mengambil pendirian untuk menghormati perjanjian itu kerana yang penting adalah mendapat bekalan vaksin untuk rakyat kita.

“Namun, oleh kerana ia dibangkitkan dalam perbahasan politik termasuk oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) maka saya menawarkan kepada PAC di Parlimen untuk saya memberi taklimat kepada jawatankuasa dan saya boleh memberi taklimat terperinci termasuk kos vaksin sekiranya, PAC boleh terima syarat kerahsiaan dan mereka mewakili rakyat untuk mendapatkan maklumat terperinci,” katanya pada sidang berkenaan perkembangan perolehan vaksin COVID-19, hari ini. – myMetro Online

Tags: Khairy JamaluddinPACvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd