• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CUEPACS Gesa Kerajaan Kaji Balik Kadar 231 Elaun Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kesatuan Kongres Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji semula dan menambahbaik kadar 231 elaun yang diberikan kepada penjawat awam.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata penambahbaikan elaun berkenaan perlu kerana kadar sedia ada tidak lagi relevan berikutan kenaikan kos sara hidup, harga barangan serta ekonomi negara masa kini.

“Elaun yang dinikmati penjawat awam sudah lama tidak dikaji, dan sekarang kos sara hidup semakin meningkat dan sangat memerlukan kerajaan untuk kaji semula elaun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dapur kepada 300 penjawat awam yang terbabit banjir di daerah Kemaman di sini pada Sabtu.

Antara elaun berkenaan ialah elaun perumahan, elaun khidmat awam, elaun sara hidup (COLA), elaun perjalanan, elaun hotel, elaun wilayah untuk mereka yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

Azih berkata pihaknya difahamkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pihak berkenaan mengkaji perkara itu namun belum ada kata putus mengenainya sehingga kini.

“Kalau kaji lama-lama pun tak guna sebabnya kos sara hidup kini semakin meningkat dan kerajaan perlulah membuat keputusan segera,” katanya.

Azih berkata CUEPACS juga memohon kerajaan melaksanakan segera 252 skim baharu yang telah diumum Perdana Menteri pada Oktober tahun lepas.

“Pelaksanaan skim baharu ini tidak melibatkan kos yang tinggi sebab ia bukan divisyen gaji… jadi tak ada halangan untuk kerajaan melaksanakan skim ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pelaksanaan penstrukturan semula penjawatan baharu dan kenaikan pangkat penjawat awam setiap lima tahun sekali juga perlu dilakukan bagi memberi peluang kepada penjawat awam meningkatkan profesyen masing-masing.

Menurutnya pada masa ini, ramai penjawat awam khususnya kumpulan sokongan yang mempunyai ijazah sarjana muda dan mereka harus diberi kenaikan pangkat dan gaji setimpal dengan pendidikan mereka. – BERNAMA

Tags: CuepacsPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd