• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utama Kepentingan, Kebajikan Rakyat

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Warga pekerja di negara ini pasti kecewa jika Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat bacaan kali ketiga tidak dapat diluluskan di Parlimen, hari ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, berkata Ahli Parlimen sepatutnya meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan mereka, berbanding percaturan politik.

Katanya, bukan masanya untuk menguji keabsahan kerajaan menerusi RUU belanjawan negara kerana ia secara langsung meletakkan untung nasib rakyat. 

“Kami warga pekerja pasti kecewa jika RUU ini akhirnya ditolak dan perlu dibentang semula selepas melalui tempoh perbahasan yang panjang sebelum ini.

“Kita akui ada beberapa perkara yang menjadi perdebatan seperti pelaksanaan i-Sinar oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), tetapi ia boleh dibincangkan tanpa perlu mengganggu kelulusan RUU berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Effendy berkata, RUU Perbekalan 2021 yang menyediakan peruntukan RM322.5 bilion mencakupi kepentingan dan manfaat kepada bukan sahaja pekerja di sektor swasta, sebaliknya kumpulan petani, nelayan, penjawat awam serta peniaga kecil.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk menolak Belanjawan 2021 dalam pengundian kali ketiga di Dewan Rakyat hari ini dan menggesa semua Ahli Parlimen daripada pembangkang mahupun kerajaan turut sama berbuat demikian.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alif Anas Md Noor, berkata tidak sepatutnya Ahli Parlimen mengambil pendirian menolak keseluruhan Belanjawan 2021, kerana ia berkait dengan kepentingan rakyat.

Katanya, mereka perlu menolak sentimen politik dan memikirkan nasib dan kebajikan rakyat yang ketika ini berdepan situasi sangat mencabar ekoran penularan pandemik COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda reda.

“Ketika rakyat susah dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan, tidak sepatutnya ada usaha dibuat untuk menggagalkan satu inisiatif yang memberi faedah kepada rakyat. Soal politik mesti diketepikan, fikirkan masalah rakyat.

“Pelajar masih ramai yang perlu dibantu, tidak kurang golongan B40. Jika belanjawan ini ditolak, bagaimana kerajaan boleh memastikan bantuan dijanjikan sebelum ini dapat diagihkan kepada mereka,” katanya. – BH Online

Tags: belanjawan 2021pekerjaRUU Perbekalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd