• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandu Puteri Sasar 100,000 Anggota Menjelang 2017

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) menyasarkan peningkatan keanggotaan kepada seramai 100,000 orang menjelang 2017 daripada 85,000 orang sekarang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Puan Sri To’ Puan Zainon Zainudin berkata sasaran itu mampu dicapai ekoran PPPM masih relevan dan menjadi pilihan antara pasukan beruniform sekolah.

“Kita sekarang mempunyai 85,000 orang ahli dan harapan kami adalah untuk mencapai 100,000 ahli menjelang 2017 sempena sambutan 100 tahun penubuhan kami,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Peringatan Sedunia 2015 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Majimor Shariff, yang juga penaung Persatuan Pandu Puteri Pulau Pinang.

Zainon berkata Hari Peringatan Sedunia 2015 disambut di seluruh dunia dengan tema ‘Membina Perkongsian Global untuk Pembangunan’ pada 22 Februari lepas oleh kalangan 147 negara yang menganggotai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

“Ia amat bermakna bagi setiap ahli untuk melihat kembali dan menghargai betapa dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih baik untuk dihuni berdasarkan asas Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang telah wujud lebih daripada 100 tahun lalu,” katanya.

Zainon berkata Hari Peringatan Sedunia melambangkan pentingnya untuk mempelajari, menghormati dan menghayati persamaan dan perbezaan dalam masyarakat dan kalangan anggota di seluruh dunia.

Katanya di Malaysia, PPPM telah memilih tema ‘Mewujudkan Keamanan dan Pembangunan melalui Perkongsian Global’ sempena sambutan Hari Peringatan Sedunia 2015 peringkat kebangsaan.

“Tema ini bertepatan dengan pelbagai cabaran yang dihadapi dunia ketika ini sama ada yang berpunca daripada keganasan, bencana alam, peperangan atau jenayah yang berlaku hampir pada setiap saat dan detik,” katanya.

Zainon berkata anggota PPPM perlu peka dengan keadaan dunia semasa dan bersedia untuk memainkan peranan penting dalam memastikan dunia lebih selamat untuk semua.

“Salah satu caranya adalah melalui kesedaran akan betapa pentingnya keamanan dan pembangunan melalui perkongsian global. Wajar tema ini diberi perhatian dan pemahaman mendalam dan menyeluruh untuk dijadikan panduan dalam mencapai hasrat yang tersirat,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

Menteri Pendidikan Fadhlina Pertahan Keputusan Ubah Had IPU Penutupan Sekolah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mempertahankan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan semula penutupan sekolah apabila Indeks...

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

Lembaga Adat Luak Jelebu Pertikai Kesahihan Pelantikan Undang Ke-17

15/10/2026
0

JELEBU - Lembaga Adat Luak Jelebu mempertikaikan kesahihan proses pemilihan, pelantikan dan istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu ke-17 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd