• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Covid-19 Bukan Dari Gelatin Haiwan

oleh
08/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Umat Islam disarankan menerima vaksin Covid-19 yang diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana ia kaedah lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang berkata, pihaknya difahamkan kandungan vaksin berkenaan bukan dari sumber gelatin binatang sebaliknya ia dibuat daripada unsur lain.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas bersama mufti baru-baru ini kita mendengar penjelasan daripada wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kandungan vaksin Covid-19, mereka menerangkan vaksin yang akan kita terima bukan dari sumber gelatin binatang.

“Jadi pegawai KKM menyatakan keyakinan bahawa vaksin Covid-19 adalah halal dari unsur lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) 2021-2025 dan Penyerahan Pengiktirafan ISO di Menara Zakat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai golongan tertentu yang ragu mengenai kandungan vaksin Covid-19 yang dikhuatiri dari sumber tidak halal.

Mengulas lanjut, Fadhil berkata, setakat ini penggunaan vaksin dirasakan lebih berkesan bagi menangani penularan Covid-19, justeru umat Islam tidak dapat mengelak untuk menggunakannya demi menjaga diri dan nyawa.

Ini kerana, katanya, Islam sangat menitik beratkan penjagaan diri dan nyawa.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, Malaysia meletakkan sasaran 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok di bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi penyakit Covid-19 pada 2021.

Beliau dipetik berkata, sehingga kini, Malaysia sudah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan menerima bekalan vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah populasi negara. – myMetro Online

Tags: gelatin haiwanumat Islamvaksin covid-19who
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

Chow Kon Yeow Ucap Salam Maal Hijrah 1448H, Hayati Semangat Hijrah

17/06/2026
0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengucapkan Salam Maal Hijrah...

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd